Monday, March 23, 2015

Peranan Kami Anak Bangsa MALAYSIA

Bissmillahiramanirahim..

Assalamualikum, Salam Sejahtera, Salam Muafakat Johor, Salam Satu Malaysia. Ungkapan bermula dari ucapan penghargaan dari kami kepada tenaga pengajar Politeknik Mersing Johor. Dikhususkan kepada Ustaz Imran dan Uztaz Adnan sebagai tenaga utama yang menyumbang bakti dalam melaraskan ilmu Pegajian Malaysia. Perlaksanaan kerja adalah tunggak utama dalam menyematkan hati dan rasa cinta kepada Negara.

Kumpulan kami bermula dari rakan seperjuangan Diploma Pengajian Perniagaan. Lebih penelitian kepada Kelas DPM1B. Kami bertunjangkan tiga orang jejaka:

MUHAMMAD HASBULLAH BIN AHMAD SHOBERI
MUHAMMAD HAZIQ BIN MOHD HISHAMUDIN
MUHAMMAD AIMAN BIN ABD RAHMAN



Pengenalan bagi tajuk kami adalah Kemuafakatan Masyarakat Majmuk Di Malaysia. Berteraskan konsep yang dibawa, kami memperkenalkan pengusulan 3M (Martabat, Majmuk dan Merdeka) di dalam negara tanah air yang tercinta. Harapan yang dibawa tinggi agar Malaysia sentiasa dirahmati Allah S.W.T dan senantiasa aman damai. Semoga tersemat dihati hasil Nukilan kami.

Kemajmukkan Masyarakat MALAYSIA

Masyarakat Majmuk
                           
Ungkapan takrif masyarakat majmuk

“Masyarakat majmuk adalah kewujudan budaya, ekonomi, tempat tinggal, pegangan ideologi politik dan sosial dalam pelbagai etnik yang berbeza.” Dalam hubungan ini, cuba kita perhatikan pandangan J.S.Furnival, seorang sarjana sains politik yang mula-mula mengemukakan konsep masyarakat majmuk pada tahun 1948. Kata J.S.Furnival:

“Di Burma, seperti di Jawa, barangkali perkara yang amat menarik hati pelawat adalah campuran kumpulan-kumpulan manusia – orang Eropah, Cina, India dan Bumiputera. Dalam ertikata yang setepat-tepatnya, mereka bercampur tetapi tidak bersatu padu. Tiap-tiap kumpulan mempunyai agama, kebudayaan, pemikiran dan cara hidup masing-masing. Sebagai seorang perseorangan, mereka bercampur, tetapi hanya diapasar, dalam menjual dan membeli. Wujud satu masyarakat majmuk yang terdiri dari kumpulan-kumpulan manusia yang hidup berdampingan, tetapi berasingan, dalam satu unit politik yang sama. Malahan dalam bidang ekonomi terdapatnya pembahagian tugas atau garis-garis perkauman” (T.P. Jagedo, 1989: 28-9).


Jadi, anda sekarang dapat membuat satu rumusan tentang apa yang dimaksudkan dengan masyarakat majmuk itu. Secara ringkas, ia adalah kemajmukan  pelbagai kelompok etnik yang tinggal dibawah satu bumbung politik dalam sesebuah negara tetapi tidak bersatu padu. Masing-masing kelompok mempunyai bahasa, budaya, agama, nilai dan pemikiran serta cara hidup yang berlainan. Dengan kata lain, mereka nampak kelihatan hidup bersama tetapi berasingan.




Konsep Etnik

Penilaian takrif etnik zaman sekarang

“Satu sekelompok manusia yang mengamalkan budaya yang hampir seragam dari segi adat resam, pakaian, bahasa dan kegiatan ekonomi. Konsep etnik adalah berkait rapat dengan konsep ras dan bangsa. Ras dan bangsa memberikan penekanan pada perbezaan fizikal atau sifat biologi. Di Malaysia, pelbagai etnik hidup secara berlainan tetapi tetap berada di bawah satu sistem politik yang sama. Etnik dapat dikelaskan melalui perbezaan budaya. Etnik sering berbeza berdasarkan ciri budaya seperti adat resam, pola keluarga, orientasi politik, kegiatan ekonomi dan sebagainya. Di negara ini, orang Melayu, Cina, India, Kadazan, Dusun, Melanau dan pelbagai lagi dianggap sebagai etnik. Etnosentrik itu mengaggap ciri-ciri budayanya sangat wajar, betul dan lebih utama daripada budaya etnik yang lain yang dipandang rendah serta dianggap ganjil ataupun dikatakan berada pada tahap rendah atau tidak bermoral.”

Jika anda berada di Sarawak dan Sabah, anda pasti dapat melihat dengan jelas pelbagai suku kaum yang terdapat di negeri-negri tersebut. Dari satu kaum berkembang pula kaum yang lain. Inilah yang dinamakan sub-etnik. Dalam satu etnik, terdapat satu jenis budaya. Ini menandakan adanya satu kebudayaan atau sub budaya yang jelas menyatukan anggotanya dengan nilai, sikap dan tingkah laku yang sama.

Tahukah anda pakah yang dinamakan etnosentrisme? Maksudnya ialah kepercayaan atau rasa bangga yang wujud dalam kalangan anggota sesebuah kelompok etnik bahawa budaya dan etnisiti mereka adalah jauh lebih baik dan hebat dari kelompok lain. 

Konsep Ras dan Rasisme

Di negara kita nampaknya konsep ras dan etnik kerap kali bercampur aduk sehingga maknanya menjadi lebih kurang sama.  Jadi, orang Melayu, Cina dan India serta pelbagai etnik lain di Sabah dan Sarawak yang sepatutnya dikenali sebagai etnik juga dipanggil ras dalam kehidupan seharaian.

Pada dasarnya, ras boleh dikatakan sebagai sebuah kelompok sosial yang mempunyai tanda-tanda pengenalan bersama seperti warna kulit, warna mata, warna rambut dan sebagainya. Lazimnya perbezaan warna kulit seperti seorang India yang berkulit hitam dengan seorang Cina yang berkulit putih kuning menjadi kriteria utama bagi membezakan kumpulan manusia.

Maksud rasisme  

Ia diertikan sebagai pandangan, pemikiran, atau kepercayaan negatif oleh sesuatu kelompok sosial atau para anggotanya terhadap sesautu kelompok lain berdasarkan perbezaan wajah fizikal biologikal atau ras semata-mata dan ini ditunjukkan secara terbuka melalui perilaku atau tindakan terbuka. Rasisme ialah gabungan prasangka buruk (prejudis) dan kuasa yang ditunjukkan melalui amalan pilih kasih (diskriminasi) warna kulit dan ciri-ciri fizikal-bilogikal yang lain.

Konsep Sangka Buruk (prejudis)

Apakah yang dimaksudkan dengan sangka buruk (prejudis)? Satu sikap negatif yang ditunjukkan oleh seorang individu dan kelompok tertentu terhada sesuatu bangsa, ras, etnik, individu dan masyarakat. Sikap sangka buruk ada dimana-mana sahaja dalam masyarakat dunia. Dalam konteks Malaysia, lazimnya ia dirujukkan kepada amalan sangka buruk antara pelbagai kaum dan masyarakat.  

Diskriminasi

Sekarang mari kita pelajari apa itu diskriminasi? Ia ditakrif sebagai pandangan, pemikiran dan kepercayaan negatif oleh seseorang atau sekelompok etnik terhadap anggota atau anggota kelompok etnik yang lain yang mempengaruhi perilaku pihak yang berpandangan negatif. Pokoknya, diskriminasi ialah perbuatan membezakan seseorang individu atau sesuatu kelompok etnik lain berasaskan cirri-ciri etnik semata.

Budaya

Definisi      
     
1.      Kamus Dewan (2005) mentakrifkan budaya sebagai kemajuan fikiran, akal budi (cara berfikir), berkelakuan dan sebagainya. Dengan lain perkataan, budaya bolehlah didefinisikan sebagai satu cara hidup yang diamalkan oleh kumpulan tertentu dan meliputi system sosial, susunan organisasi ekonomi, politik, agama, keprcayaan, adat resam, sikap dan nilai.

2.  Kamus Falsafah (1996) nenberikan maksud budaya sebaga: “Cara hidup bagi rakyat, termasuk sikap-sikap, nilai-nilai, kepercayaan-kepercayaan, seni, ilmu penegtahuan, bentuk-bentuk persepsi (pemerhatian), tingkah laku, tabiat dan kegiatan-kigiatan.”


Perubahan

  1. Seperti yang diketahui bahawa setiap masyarakat mempunyai budayanya yang tersendiri. Ia terbentuk kerana adanya hubungan yang rapat dalam kalangan anggota seseuah masyarakat itu. Sebai contoh, masyarakat Melayu di desa-desa telah wujud berpuluh abad lamanya iaitu sebelum kedatangan budaya asing (Cina, India, Aab dan Eropah). Masyarakat berubah kerana zaman beredar.
  2. Dalam konteks masyarakat Melayu di negara ini, orang-oarng Melayu berpindah ke Rancangan FELDA (Lembaga kemajuan tanah Perseketuan) dalam tahun 60’an. Pergerakan orang-orang Melayu dari luar bandar ke bandar KL berlaku dalam era 70an. Objektif utamanya adalah untuk ekonomi dan pelajaran.
  3. Mutakhir ini perpindahan masyarakt Melayu diluar bandar berhijrah ke bandar besar seperti KL, JB, Ipoh, Shah Alam, Bandar Baru Bangi, Seremban, Melaka, Kucing dan lain-lain bandar di seluruh negara menjadi semakin rancak akibat pelaksaan Dasar Ekonomi Baru (DEB), Dasar Pembangunan Nasional (DPN) dan Wawasan 20/20.
  4. Manusia sebagai anggota masyarakat telah bertanggungjawab mencipta, mengubah, menambah dan melastarikan budaya. Mereka menurunkannya dari satu generasi kepada satu generasi yang lain. Selanjutnya, generasi yang menerima telah mengubah suai budaya yang mereka terima berasaskan situasi sosial dan fizikal semasa.
  5. Manusia yang berbudaya berkembang dengan menurunkan dua bentuk budaya: bdaya material seperti Tembok Besar Cina dan budaya bukan material seperti system kepercayaan dan pemikiran. Paduan kedua-dua budaya ini menjadi pemacu kepada kemajuan sesebuah masyarakat.
  6. Penglibatan setipa anggota masyarakat adalah diperlukan bukan sekadar untuk mengatir pengurusan hidup harian seperti politik ekonomi dan pentadbira, tetapi melibatkan juga nilai, norma, emosi dan sebagainya.
  7. Oleh kerana pelbagai etnik wujud di negara ini – Melayu, Cina, India dan lain-lain suku kaum di Semannajung, Sabah dan Sarawak, perjuangan untuk membentu sebuah Bangsa Malaysia amatlah diperlukan oleh semua lapisan masyarakat di Malaysia demi kestabilan dan keharmonain hubungan antara pelbagai bangsa/etnik di negara ini.
  8. Justeru, pembinaan sebuah Bangsa Malaysia adalah lebih sulit dan mencabar dari membina sebuah masyarakat Malaysia. Ini ialah kerana terdapatnya kepelbagaian agama, bahasa dan budaya.
  9. Pembentukan Bangsa Malaysia boleh diukur dengan berpandukan tiga perkara berikut: (a) Semangat Cinta keppada negara seperti menghayati Rukun Negara Lagu Negaraku dan Jalur Gemilang; (b) Status Kewarnegaraan Malaysia seperti yang ditunjukkan dalam MyKad (Kad pengenalan); (c) Memupuk semanagat kebangsaan seperti yang dapat dilihat dalam penghayatan budaya kebangsaan seperti memakai baju Melayu untuk kaum jenis lellaki dan perempuan dalam acara-acara rasmi atau kegiatan harian bagi setiap seorang rakyat Malaysia.  
  10. ·Hanya sebilangan kecil sahaja orang Cina yang datang ke Tanah Melayu sebagai pedagang dan membuka penempatan mereka di Melaka, Kuala Trengganu, Sungai Johor, Sungai Pahang dan Kelantan. Pada masa yang sama, terdapat pergerakan kecil kaum India yang bekerja sebagai buruh di ladang kopi dan tebu yang terdapat di Pulau Pinang dan Seberang Prai.
  11. Walaubagaimanapun, pada pertengahan kurun ke 19, orang-orang Cina dan India telah berhijrah secara beramai-ramai ke Tanah Melayu. Fenomena ini berlaku kerana dasar kapitalisme penjajah Inggeris yang bertanggungjawab membawa orang-orang asing masuk ke negara ini untuk bekerja di lombong-lombong bijih dan ladang-ladang getah.
  12. Kesan yang nyata dari dasar liberalisme ekonomi Inggeris itu telah menyebabkan berlakunya proses pembentukan pelabagai kaum di Tanah Melayu. Nyata sekali bahawa penghijrahan secara besar-besaran dalam kalangan imigran Cina dan India telah mengubah struktur kependudukan asal Tanah Melayu.
  13. Dari segi peratusan, peratus penduduk Melayu semakin kecil iaitu dari 54% merosot 49% pada tahun 1921. Peratus warga Melayu menurun lagi kepada 45% pada tahun 1931. Kemajmukan penduduk di Tanah Melayu telah menyebabakan Inggeris mentadbir negara ini dengan menggunakan dasar ‘pecah dan perintah” (divide and rule). Dasar yang bersifat tipu helah politik ini telah menyebabkan berlakunya polarisasi kaum yang semakin ketara di Tanah Melayu akibat pengkhususan orang-orang Melayu yang hanya bekerja dalam sektor pertanian, sementara orang-orang Cina diberikan ruang di dalam sektor perniagaan, dan orang-orang India pula dalam bidang perladangan.
  14. Komposisi penduduk di negara ini boleh diperincikan dengan melihat etnik-etnik yang terdapat di Semenanjung, Sabah dan Sarawak. Masing-masing etnik ada sub-etnik yang dapat dibezakan berdasarkan negeri, dialek bahasa dan lain-lain corak budaya yang diprakstiskan. Contohnya, terdapat sub-etnik seperti suku Banjar yang bayak terdapat di Tanjung Karang, Selangor, Parit Buntar Perak, dan Senggarang, Batu Pahat, Johor. Suku Mandailing banyak yang tinggal di negeri Perak dan Selangor. Suku Jawa banyak terdapat di Johor dan Selangor.

Semenanjung Malaysia
Sabah
Sarawak
Melayu
Cina
India
Orang Asli


·  Banjar
·  Boyan
·  Bugis
·  Jawa
·  Kampar
·  Kerinci
·  Mendaling
·  Minangkabau
·  Rawa
·  Johor-Riau
Hokien
·  Chuan-chew
·  Chin-chew
·  Eng-hua
·  Eng-choon
·  Hok-chew
Kwangtung
·  Teochew
·  Hakka
·  Hailam
·  Malayali
·  Punjabi
·  Selon
·  Tamil
·  Telegu
·  Negrito
·  Senoi
·Melayu Asli (setiap rumpun ini pula terdiri daripada suku kaum)
·  Kadazan
·  Bajau
·  Dusun
·  Murut
·  Bisaya
·  Kadayun
·  Orang Sungai
·  Suang Laut
·  Brunei
·  Bidayuh Bisaya
·  Iban
·  Kayan
·  Kedayan
·  Kelabit
·  Kenyah
·  Melanau
·  Melyau
·  Murut
·  Penan
·  Punan



Komposisi Penduduk Malaysia
  1. Orang Melayu dapat ditafsirkan sebagai penduduk asal Tanah Melayu dimana nenek moyangnya datang dari Indo-China dan Yunan lebih 3,500 tahun dahulu. Walaubagaimanapun, kewujudan etnik Melayu di negara ini juga adalah disebabkan oleh penghijrahan beramai-ramai masyarakat Melayu Indonesia sejak abad kesembilan lagi.
  2. Antara kumpulan penduduk Indonesia yang ramai berpindah ke Tanah Melayu ialah etnik Minangkabau, Jawa, Banjar, Bugis, Boyan, Mandailing, Kampar dan Rawa. Kebanyakan mereka berhijrah beramai-ramai pada zaman penjajahan Inggeris kerana menjadi buruh kontrak dan buruh bebas diladang-ladang kopi dan getah.
  3. Selain itu, ada juga orang-orang Melayu yang berasal dari Patani (Selatan Thai).     Kebanyakan mereka bertumpu di Kelantan, Kedah dan di utara Perak.
  4. Corak ekonomi orang-orang Melayu berubah dan meleset sadikit demi sedikit apabila Inggeris campur tangan dalam hal ehwal politik tempatan. Kemasukan buruh-asing telah mengubah strukur ekonomi masyarakat Melayu. Beberapa buah bandar baru seperti Por Weld (Perak), Kuala Lumpur (Selangor) dan lain-lain telah muncul sebagai pusat-pusat ekonomi baru.
  5. Sebaliknya, kaum Melayu masih kekal di bandar-bandar tradisi atau di perkampungan masing-masing. Walaupun peratusan penduduk bandar meningkat dari semasa kesemasa, namun peratusan kaum Melayu di bandar-bandar baru ini kekal kecil.
  6. Akibat perdagangan yang berat sebelah, prsetasi ekonomi orang Melayu di zaman penjajahan tidak mencapai sebarang kemajuan. Penjajah Inggeris sengaja tidak mahu memajukan orang-orang Melayu dalam semua bidang penghidupan terutama di luar bandar.
  7. Sebelum kedatangan Inggeris, bilangan masyarakat Cina adalah terlalu kecil. Kebanyakan mereka bekerja sebagai peniaga sahaja. Penghijrahan masuk masyarakat Cina secara beramai-ramai berlaku selepas pengabilan Pulau Pinang oleh Inggeris dari tangan Sultan Kedah pada tahun 1786, pengambilan Singapura dari Sultan Johor pada tahun 1819 dan selepas penubuhan Negeri-Negeri Selat pada tahun 1826.
                                      
Sejarah Komposisi Penduduk Malaysia

Pada peringkat permulaan, buruh-buruh Cina bertumpu di tapak-tapak perlombongan awal seperti Lukut dan Sungai Ujong, Negeri Sembilan. Menjelang tahun 1870, bilangan masyarakat Cina di Sungai Ujong telah mencecah hampir 10,000 orang; dan di Larut, Perak, pada tahun 1873 terdapat seramai 40,000 orang. Kawasan-kawasan lombong bijih timah di Kuala Lumpur, seperti di Ampang, Sungai Kancing dan Klang di Selangor, kesemuanya diuasahakan oleh buruh-buruh Cina. Akibat peluasan kegiatan ekonomi perlombongan, penempatan-penempatan baru masyarakat Cina telah dibuka.

Selanjutnya, kemasukan orang-orang Cina ke Tanah Melayu digerakkan melalui aktiviti perladangan lada dan gambir. Orang Cina dibawa masuk ke Johor melalui sistem Kangcu dengan menggunakan surat kebenaran yang dipanggil Surat Sungai. Implikasi dari system ini, dicatatkan pada tahun 1870-an masyarakat Cina di Johor telah menacapai 100,000 orang.

Pihak Inggeris menggalakkan kemasukan buruh Cina ke tanah ayer dengan meluluskan beberapa undang-undang seperti the Chinese Immmigrants and The Crimpling Ordinance telah diluluskan. Jabatan Perlindungan Orang Cina pula ditubuhkan bertujuan untuk melindungi kepentingan buruh-buruh Cina.

Imigran Cina ke Tanah Melayu terdiri dari pelbagai suku kaum dengan perbezaan loghat yang ketara, adat dan pengkhususan ekonomi. Kelompok-kelompok utama adalah Hokkien, Kantonis, Hakka, Teochew dan Hailam. Suku Hokkienlah yang terbesar sekali sehingga kehari ini. Mereka terlibat dalam aktiviti perniagaan.

Bilangan orang Cina kini setabil selepas Perang Dunia Kedua. Sehingga tahun 1967, bilangan penduduk Cina di Tanah Melayu adalah seramai 2, 332, 936 orang. Sehingga tahun 1957, 37% penduduk Tanah Melayu adalah terdiri dari kaum Cina. Walaubagaiamanapun, peratusan terakhir kaum Cina telah menurun ke paras  25% sahaja berdasrkan laporan akhbar-akahbar tempatan (Oktober, 2007).  

Dalam konteks komuniti India di negara ini, hubungan antara India dengan Semenanjung Tanah Melayu sejak beberapa kurun lalu. Pada Abad Pertama Masihi, penganut-penganut agama Hindu-Buddha telah menyebarkan agama mereka di Nusantara.
Pada Zaman Kesultanan Melayu Melaka pedagang-pedagang India menjalankan perniagaan rempah ratus di Pelabuhan Melaka.

Penghijrahan masyarkat India ke Tanah Melayu berlaku secara besar-besaran mulai tahun 1840-an. Kebanyakan buruh India datang dari Selatan India. Mereka mulai bekerja sebagai peladan-peladang kopi dan tebu di Seberang Perai, Pulau Pinang. Selepas itu, kaum India menambahkan jumlah pekerja-pekarja mereka di kawasan-kawasan penanaman getah di Perak, negeri Semblan dan Selangor. Dari tahun 1900 hingga 10 tahun kemudiannya, seramai 48,000 buruh India telah berhijrah ke Tanah Melayu. Angka tersebut telah berlipat ganda kemudiannya, iaitu antara tahun 1911 hingga 1920 apabila dianggarkan seramai 98,000 buruh India berhijrah ke Tanah Melayu.

Komposisi suku kaum India yang berhijrah ke Tanah Melayu, kebanyakannya adalah terdiri dari suku Tamil yang berasal dari Tamil Nadu, selebihnya adalah Malayalam dan Telegu. Selain itu, orang-orang India yang berasal dari Sri Lanka dan Punjabi dari Utara India. Kumpulan Tamil adalah yang terbesar iaitu kira-kira 80%. Suku Malayalam di sekitar 7% dan Telegu 4%.

Buruh-buruh India telah datang kenegara ini samaada secara paksaan atau sukarela. Kumpulan yang dipaksa adalah terdiri dari banduan atau tawanan yang bekerja membina jalan-jalan raya, landasan kereta api, jambatan dan bangunan-bangunan kerajaan.

Sistem yang paling popular dalam usaha membawa masuk buruh-buruh India ialah system Kangani. Mengikut sistem ini, seorang buruh India yang telah bekerja di Tanah Melayu apabila pulang ke India, dia hendaklah mencari seorang pekerja baru untuk bekerja dengannya di Tanah Melayu. Orang-orang ini dikenali sebagai Kangani. Walaubagaiamanapun, sisitem ini dihapuskan pada tahun 1938.         

Penduduk di Sabah dan Sarawak juga meriah dengan pelbagai suku kaum dan sub-suku kaum. Mereka dapat dibezakan dari segi kawasan tempat tinggal, ekonomi, sosial dan budaya. Di Sabah, misalnya, terdapat lebih kurang 23 suku kaum, tetapi suku Kaum Kadazanlah yang terbesar sekali. Ini diikuti oleh suku kaum Bajau, Murut, Suluk, dan Orang Brunei. Masyarakt kadazan-Dusun masih berpegang kepada animisme. Sebahagian kecil telah memluk agama Islam dan Kristian.

Di Sarawak, setiap suku kaum ada ciri-cirinya yang tersendiri. Antara suku kaum   yang terbesar ialah Dayak, Iban, Melanau (Kristian dan Muslim), orang Melayu, Bidayuh, Penan dan Kelabit. Melainkan orang Melayu dan Melanau, dahulunya kebanyakan suku kaum pribumi Sarawak tinggal di kawasan hutan mendiami rumah panjang atau rumah sementara. Kini rumah panjang telah mengalami perubahan fikizal kerana arus pemodenan hidup yang kuat di negeri itu.



Pendakatan Menyatupadukan Masyarakat Malaysia       
             
Pelbagai proses dikaitkan dengan konsep perpaduan dan integrasi seperti proses akomodasi, akultrasi, asimilasi, amalgamasi.

Akomodasi adalah merupakan proses yang menyebabkan setiap kumpulan etnik menyedari serta menghormati norma dan nilai kumpulan etnik lain dan tetap mempertahankan budaya hidup masing-masing .

         
Akulturasi bererti penerimaan unsur kebudayaan dalam kalangan individu atau kelompok dari sesuatu kebudayaan lain yang berbeza sehingga unsur kebudayaan asing itu akhirnya diterima dan diolah dalam kebudayaan sendiri. Berbeza degan proses asimilasi, proses akulturasi tidak menyebabkan kehilangan jati diri asal masyarakat penerima.
         
Asimilasi dapat difahami sebagai satu proses percantuman dan penyatuan antra kumpulan etnik berlainan budaya sehingga membentuk satu kelompok dengan kebudayaan dan identity yang sama. Asimilasi mutlak boleh berlaku apabila terhapusnya sesuatu kebudayaan sehingga tidak nampak apa-apa perbezaan lagi dengan kebudayaan lain. Contoh terbaik adalah kejayaan pemerintahan Thailand menjadikan orang-orang Melayu di Selatan Thai menagmbil nama-nama Thai sebagai tanda berlakunya asimilasi dengan bangsa Thai. Mislanya, nama Wan Sulaiman telah disiamkan menjadi Waeselame.

Amalgamasi adalah merupakan satu proses yang terjadi apabila budaya atau ras bercampur untuk membentuk jenis budaya dan ras baru. Misalnya, pendekatan yang paling berkesan adalah menerusi perkahwinan campuran antara pelbagai etnik seperti orang Cina berkahwin dengan orang India.

Etnik
Tahun 2000
Tahun 2005
Juta
Peratus
Juta
Peratus
Bumiputera
14.35
65.0
16.06
65.9
Cina
5.76
26.1
6.15
25.3
India
1.70
7.7
1.83
7.5
Lain-lain
0.27
1.2
0.32
1.3
Jumlah Penduduk
22.08
100
24.36
100

  1. Salah satu aspek yang mejadi jati diri rakyat Malaysia ialah mengiktiraf adanya perbezaan agama dan budaya di Malaysia. Perbezaan agama tidak menjadi factor penghalang perpaduan rakyat Malaysia. Sebaliknya sikap toleransi dan hormat menghormati antara pelbagai penganut agama – Islam, Buddha, Hindu, Konfusius/Toa, Sikh dll adalah sebati dalam kehidupan rakyat Malaysia.
  2. Walaupun masyarakat Malaysia terpaksa menerima pembangnan, kemajuan dan idea-idea progresif, pemodenan, industrilaissi, pembandaran dan globalisasi, Wawasan 20/20 telah menetapkan bahawa corak pembangunan di negara ini hendaklah berteraskan acuan Malaysia – menghormati dan menghayati budaya Timur.
  3. Rakyat Malaysia telah menerima Rukun Negara sebagai lambang identiti nasional. Ia adalah asas utama untuk menjamin kestabilan politik dan kesejehteraan hidup rakyat.
  4. Islam telah diterima sebagai agama rasmi negara dan lain-lain agama dapat mengamalkan agama masing-masing denganbebas.
  5. Bunga raya adalah Bunga Kebangsaan bagi negara Malaysia.
  6. Jalur Gemilang adalah labang kedaulatan negara.
  7. Negaraku adalah Lagu Kebangsaan.
  8. Baju Melayu, baju kebaya/kurung serta baju batik adalah pakaian kebangsaan untuk semua rakyat Malaysia.                                                           
                             Jadual Komposisi Penduduk Malaysia, 2000 dan 2005
Kaum
Kadar Kemiskinan (peratus)
Pendapatan Purata Keluarga Sebulan (RM)
Melayu
64.8
172.00
Cina
26.0
394.00
India
39.2
304.00
Lain-lain
44.8
813.01. 0

Dalam huraian di atas, kita dapat merumuskan bahawa konsep masyarakat di Malaysia adalah bersifat dinamik. Walaupun bangsa Melayu telah berkomromi kerana polisi “pecah dan perintah” penjajah Inggeris Inggeris yang bertanggungjawab membawa masuk buroh-buroh dari Cina dan India, tetapi pembentukan masyarakat majmuk di Malaysia adalah satu peristiwa sejarah. Justeru, kemajmukan masyarakat di Malaysia adalah satu yang unik. Meskipun ada halangan-halangan untuk menyatupadukan rakyat, tetapi asas-asas pembinaan sebuah negara bangsa yang majmuk adalah kukuh. Ini dapat dilihat dalam pelbagai strategi yang dilakukan oleh Kerajaan Malaysia bagi mengelakkan tragedi 13 Mei, 1969 berulang.

Faktor

Jika kita mengkaji factor-faktor kenapa berlakunya perubahan dalam masyarakat Melayu, ini adalah disebbakan oleh factor-faktor berikut:


Impaknya Keatas Pembinaan Negara Bangsa         

Setelah kita memahami konsep masyarakt dan budaya, persoalanya sekarang apakah impak (kesan) kedua-dua konsep tadi dalam konteks pembinaan negara bangsa (nation state)? Cuba kita lihat fakta-fakta di bawah:

Hubungan Etnik Di Malaysia

Faktor Mempengaruhi
      
Perbincangan dalam bab ini adalah bertujuan untuk melihat hubungan antara etnik yang dapat dilihat dalam tiga suku kaum terbesar di Malaysia – Melayu, Cina dan India. Di Sabah dan Sarawak, terdapat pula pelbagai suku kaum/etnik/sub-etnik .

Komposisi Dan Taburan Penduduk Sebelum Merdeka

Sebelum penemuan bijih Timah oleh Long Jaafar di Taiping, Perak, pada tahun 1948, hampir kesemua penduduk di Tanah Melayu terdiri daripada orang-orang Melayu.

Penduduk Utama Malaysia

Komposisi penduduk di negara ini boleh diperincikan dengan melihat etnik-etnik yang terdapat di Semenanjung, Sabah dan Sarawak. Masing-masing etnik ada sub-etnik yang dapat dibezakan berdasarkan negeri, dialek bahasa dan lain-lain corak budaya yang diprakstiskan. Contohnya, terdapat sub-etnik seperti suku Banjar yang bayak terdapat di Tanjung Karang, Selangor, Parit Buntar Perak, dan Senggarang, Batu Pahat, Johor. Suku Mandailing banyak yang tinggal di negeri Perak dan Selangor. Suku Jawa banyak terdapat di Johor dan Selangor


Etnik Melayu

Bagi memahami dengan lebih mendalam kedudukan orang-oarang Melayu di Tanah Melayu, kita huraikan sejarah dan sosio-budaya masyarakat Melayu.

  1. Orang Melayu dapat ditafsirkan sebagai penduduk asal Tanah Melayu dimana nenek moyangnya datang dari Indo-China dan Yunan lebih 3,500 tahun dahulu. Walaubagaimanapun, kewujudan etnik Melayu di negara ini juga adalah disebabkan oleh penghijrahan beramai-ramai masyarakat Melayu Indonesia sejak abad kesembilan lagi.
  2. Antara kumpulan penduduk Indonesia yang ramai berpindah ke Tanah Melayu ialah etnik Minangkabau, Jawa, Banjar, Bugis, Boyan, Mandailing, Kampar dan Rawa. Kebanyakan mereka berhijrah beramai-ramai pada zaman penjajahan Inggeris kerana menjadi buruh kontrak dan buruh bebas diladang-ladang kopi dan getah.
  3. Selain itu, ada juga orang-orang Melayu yang berasal dari Patani (Selatan Thai).     Kebanyakan mereka bertumpu di Kelantan, Kedah dan di utara Perak. 


Ekonomi


  1. Corak ekonomi orang-orang Melayu berubah dan meleset sadikit demi sedikit apabila Inggeris campur tangan dalam hal ehwal politik tempatan. Kemasukan buruh-asing telah mengubah strukur ekonomi masyarakat Melayu. Beberapa buah bandar baru seperti Por Weld (Perak), Kuala Lumpur (Selangor) dan lain-lain telah muncul sebagai pusat-pusat ekonomi baru.
  2. Sebaliknya, kaum Melayu masih kekal di bandar-bandar tradisi atau di perkampungan masing-masing. Walaupun peratusan penduduk bandar meningkat dari semasa kesemasa, namun peratusan kaum Melayu di bandar-bandar baru ini kekal kecil.
  3. Akibat perdagangan yang berat sebelah, prsetasi ekonomi orang Melayu di zaman
penjajahan tidak mencapai sebarang kemajuan. Penjajah Inggeris sengaja tidak mahu memajukan orang-orang Melayu dalam semua bidang penghidupan terutama di luar bandar. 


Etnik Cina



  1. Sebelum kedatangan Inggeris, bilangan masyarakat Cina adalah terlalu kecil. Kebanyakan mereka bekerja sebagai peniaga sahaja. Penghijrahan masuk masyarakat Cina secara beramai-ramai berlaku selepas pengabilan Pulau Pinang oleh Inggeris dari tangan Sultan Kedah pada tahun 1786, pengambilan Singapura dari Sultan Johor pada tahun 1819 dan selepas penubuhan Negeri-Negeri Selat pada tahun 1826.
                                      
  1. Pada peringkat permulaan, buruh-buruh Cina bertumpu di tapak-tapak perlombongan awal seperti Lukut dan Sungai Ujong, Negeri Sembilan. Menjelang tahun 1870, bilangan masyarakat Cina di Sungai Ujong telah mencecah hampir 10,000 orang; dan di Larut, Perak, pada tahun 1873 terdapat seramai 40,000 orang. Kawasan-kawasan lombong bijih timah di Kuala Lumpur, seperti di Ampang, Sungai Kancing dan Klang di Selangor, kesemuanya diuasahakan oleh buruh-buruh Cina. Akibat peluasan kegiatan ekonomi perlombongan, penempatan-penempatan baru masyarakat Cina telah dibuka.

  1. Selanjutnya, kemasukan orang-orang Cina ke Tanah Melayu digerakkan melalui aktiviti perladangan lada dan gambir. Orang Cina dibawa masuk ke Johor melalui sistem Kangcu dengan menggunakan surat kebenaran yang dipanggil Surat Sungai. Implikasi dari system ini, dicatatkan pada tahun 1870-an masyarakat Cina di Johor telah menacapai 100,000 orang.

  1.  Pihak Inggeris menggalakkan kemasukan buruh Cina ke tanah ayer dengan meluluskan beberapa undang-undang seperti the Chinese Immmigrants and The Crimpling Ordinance telah diluluskan. Jabatan Perlindungan Orang Cina pula ditubuhkan bertujuan untuk melindungi kepentingan buruh-buruh Cina.

  1. Imigran Cina ke Tanah Melayu terdiri dari pelbagai suku kaum dengan perbezaan loghat yang ketara, adat dan pengkhususan ekonomi. Kelompok-kelompok utama adalah Hokkien, Kantonis, Hakka, Teochew dan Hailam. Suku Hokkienlah yang terbesar sekali sehingga kehari ini. Mereka terlibat dalam aktiviti perniagaan.

      6. Bilangan orang Cina kini setabil selepas Perang Dunia Kedua. Sehingga tahun
 1967, bilangan penduduk Cina di Tanah Melayu adalah seramai 2, 332, 936 orang.  
 Sehingga tahun 1957, 37% penduduk Tanah Melayu adalah terdiri dari kaum Cina.  
 Walaubagaiamanapun, peratusan terakhir kaum Cina telah menurun ke paras  25% sahaja berdasrkan laporan akhbar-akahbar tempatan (Oktober, 2007).  
 
Kaum India

  1. Dalam konteks komuniti India di negara ini, hubungan antara India dengan Semenanjung Tanah Melayu sejak beberapa kurun lalu. Pada Abad Pertama Masihi, penganut-penganut agama Hindu-Buddha telah menyebarkan agama mereka di Nusantara.
  2. Pada Zaman Kesultanan Melayu Melaka pedagang-pedagang India menjalankan perniagaan rempah ratus di Pelabuhan Melaka.
  3. Penghijrahan masyarkat India ke Tanah Melayu berlaku secara besar-besaran mulai tahun 1840-an. Kebanyakan buruh India datang dari Selatan India. Mereka mulai bekerja sebagai peladan-peladang kopi dan tebu di Seberang Perai, Pulau Pinang. Selepas itu, kaum India menambahkan jumlah pekerja-pekarja mereka di kawasan-kawasan penanaman getah di Perak, negeri Semblan dan Selangor. Dari tahun 1900 hingga 10 tahun kemudiannya, seramai 48,000 buruh India telah berhijrah ke Tanah Melayu. Angka tersebut telah berlipat ganda kemudiannya, iaitu antara tahun 1911 hingga 1920 apabila dianggarkan seramai 98,000 buruh India berhijrah ke Tanah Melayu.

  1. Komposisi suku kaum India yang berhijrah ke Tanah Melayu, kebanyakannya adalah terdiri dari suku Tamil yang berasal dari Tamil Nadu, selebihnya adalah Malayalam dan Telegu. Selain itu, orang-orang India yang berasal dari Sri Lanka dan Punjabi dari Utara India. Kumpulan Tamil adalah yang terbesar iaitu kira-kira 80%. Suku Malayalam di sekitar 7% dan Telegu 4%.

  1. Buruh-buruh India telah datang kenegara ini samaada secara paksaan atau sukarela. Kumpulan yang dipaksa adalah terdiri dari banduan atau tawanan yang bekerja membina jalan-jalan raya, landasan kereta api, jambatan dan bangunan-bangunan kerajaan.

  1. Sistem yang paling popular dalam usaha membawa masuk buruh-buruh India ialah system Kangani. Mengikut sistem ini, seorang buruh India yang telah bekerja di Tanah Melayu apabila pulang ke India, dia hendaklah mencari seorang pekerja baru untuk bekerja dengannya di Tanah Melayu. Orang-orang ini dikenali sebagai Kangani. Walaubagaiamanapun, sisitem ini dihapuskan pada tahun 1938


Etnik Sabah dan Sawarak


  1. Penduduk di Sabah dan Sarawak juga meriah dengan pelbagai suku kaum dan sub-suku kaum. Mereka dapat dibezakan dari segi kawasan tempat tinggal, ekonomi, sosial dan budaya. Di Sabah, misalnya, terdapat lebih kurang 23 suku kaum, tetapi suku Kaum Kadazanlah yang terbesar sekali. Ini diikuti oleh suku kaum Bajau, Murut, Suluk, dan Orang Brunei. Masyarakt kadazan-Dusun masih berpegang kepada animisme. Sebahagian kecil telah memluk agama Islam dan Kristian.

  1. Di Sarawak, setiap suku kaum ada ciri-cirinya yang tersendiri. Antara suku kaum   yang terbesar ialah Dayak, Iban, Melanau (Kristian dan Muslim), orang Melayu, Bidayuh, Penan dan Kelabit. Melainkan orang Melayu dan Melanau, dahulunya kebanyakan suku kaum pribumi Sarawak tinggal di kawasan hutan mendiami rumah panjang atau rumah sementara. Kini rumah panjang telah mengalami perubahan fikizal kerana arus pemodenan hidup yang kuat di negeri itu. 


Cabaran Pembinaan Negara Malaysia

Setelah kita memahami pelbagai formula untuk mewujudkan perpaduan dan integrasi nasional, kini kita akan memfokuskan perbincangan tmenegnai cabaran-canaran untuk membina sebuah negara bangsa Malaysia. Cabaran-cabarannya adalah seperti berikut:

Perpaduan

Perpaduan menjadi matlamat utama sesebuah negara, terutama negara yang mempunyai pelbagai kaum seperti Malaysia. Pertelingkahan kaum selepas Pilihan Raya Umum 1969 telah mengakibatkan tragedi berdarah 13 Mei 1969 berlaku. Tragedi nasional itu menandakan perpaduan kaum-kaum di Malaysia pada masa itu berada pada tahap yang rendah.

Pengagihan Kekayaan

Dari segi agihan pendapatan, Kerajaan Malaysia sedar bahawa rata-rata orang Melayu berada dalam kemiskinan dengan kadar 64.8 %, berbanding dengan bukan Melayu (26%) seperti yang dibanci pada tahun 1970. Jurang perbedaan pendapatan antara Bumiputera dengan Bukan Bumiputera masih lagi tinggi. Sbagai conto, RM 1 pendapatan bagi orang Melayu berbanding dengan RM 2.3 bagi orang Cina dan RM1.8 bagi orang India pada tahun 1970. Jadi, faktur pendapatan yang tidak seimbang antara bumi puetera dengan bukan bumiputera bahkan bagi semua rakyat di negara ini merupakan factor yang paling kuat mempengaruhi hubungan etnik di Malaysia.   

Sistem Pendidikan

Sistem pendidikan warisan penjajah Inggeris telah menimbulkan masalah perpaduan antara kaum. Wujud kepelbagian sekolah mengikut kaum dan tempat tinggal masing-masing. Akibatnya sistem pendidikan di Malaysia menghadapi masalah polarisasi antara pelajar-pelajar Melayu, Cina, India dan lain-lain suku kaum di Sabah dan Sarawak di semua peringkat pengajian. Jadi, matlamat untuk mencapai perpaduan dan integrasi kaum masih belum dapat dicapai sepenuhnya.

Perbezaan Kepercayaan dan Agama

Perbezaan kepercayaan dan agama  antara pelbagai kaum di Malaysia telah menyebabkan berlaku beberapa ketegangan dan prasangka antar penganut pelbagai agama sehingga menimbulkan sensasi yang boleh mengancam kestabilan politik negara. Sebagai contoh, pembinaan kuil-kuil Hindu di beberapa buah negeri tanpa mendapat kelulusan pihak berkuasa telah menyebabkan penduduk-pendudk Islam di negara ini merasa tidak puas hati. Sebaliknya, orang-orang Kristian merasa bimbang dengan proses Islamisasi yang berlaku dalam era Pemerintahan Dr.Mahathir Mohamed, Mantan Perdana Menteri Malaysia keempat.   

Penggunaan Akhbar

Penggunaan akhbar yang berbeza-beza seperti akhbar dalam Bahasa Melayu, Mandarin dan Tamil telah menyebabkan semangat perkauaman menyemarak dalam keadaan-keadaan tertentu sehingga ianya kelihatan boleh mencetuskan rusuhan antara kaum di Malaysia.

Jati Diri      

  1. Salah satu aspek yang mejadi jati diri rakyat Malaysia ialah mengiktiraf adanya perbezaan agama dan budaya di Malaysia. Perbezaan agama tidak menjadi factor penghalang perpaduan rakyat Malaysia. Sebaliknya sikap toleransi dan hormat menghormati antara pelbagai penganut agama – Islam, Buddha, Hindu, Konfusius/Toa, Sikh dll adalah sebati dalam kehidupan rakyat Malaysia.

  1. Walaupun masyarakat Malaysia terpaksa menerima pembangnan, kemajuan dan idea-idea progresif, pemodenan, industrilaissi, pembandaran dan globalisasi, Wawasan 20/20 telah menetapkan bahawa corak pembangunan di negara ini hendaklah berteraskan acuan Malaysia – menghormati dan menghayati budaya Timur.

Identiti Nasional

  1. Rakyat Malaysia telah menerima Rukun Negara sebagai lambang identiti nasional. Ia adalah asas utama untuk menjamin kestabilan politik dan kesejehteraan hidup rakyat.
  2. Islam telah diterima sebagai agama rasmi negara dan lain-lain agama dapat mengamalkan agama masing-masing denganbebas.
  3. Bunga raya adalah Bunga Kebangsaan bagi negara Malaysia.
  4. Jalur Gemilang adalah labang kedaulatan negara.
  5. Negaraku adalah Lagu Kebangsaan.
  6. Baju Melayu, baju kebaya/kurung serta baju batik adalah pakaian kebangsaan untuk semua rakyat Malaysia
 Kadar Kemiskinan dan Pendapatan Purata Mengikut Ethnik 1970
Kaum
Kadar Kemiskinan (peratus)
Pendapatan Purata Keluarga Sebulan (RM)
Melayu
64.8
172.00
Cina
26.0
394.00
India
39.2
304.00
Lain-lain
44.8
813.01. 0

Rumusan

Dalam huraian di atas, kita dapat merumuskan bahawa konsep masyarakat di Malaysia adalah bersifat dinamik. Walaupun bangsa Melayu telah berkomromi kerana polisi “pecah dan perintah” penjajah Inggeris Inggeris yang bertanggungjawab membawa masuk buroh-buroh dari Cina dan India, tetapi pembentukan masyarakat majmuk di Malaysia adalah satu peristiwa sejarah. Justeru, kemajmukan masyarakat di Malaysia adalah satu yang unik. Meskipun ada halangan-halangan untuk menyatupadukan rakyat, tetapi asas-asas pembinaan sebuah negara bangsa yang majmuk adalah kukuh. Ini dapat dilihat dalam pelbagai strategi yang dilakukan oleh Kerajaan Malaysia bagi mengelakkan tragedi 13 Mei, 1969 berulang. Sejarah yang penuh seribu makna.



TANPA SEJARAH SIAPALAH KITA YANG BERDIRI DINIHARI